WELCOME

MY EVERYTHING

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Fourth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 8, 2012

Bersawang dah

Aduhai...belog dah bersawang. Tuan tanah kedaung bizi terlampau. Dari hujung tahun sampai la awal tahun bizi sesangat. Hihihihi...sila la percaya!!!

Tak tau dari mana nak mula cerita. Kepala hotak berserabut...berterabur. Penat pindah rumah 2minggu lepas pun tak habis lagi ni. Ni buka belog pun gagah sebab nak tau cerita kawan kita tu Si Comel dah bersalin ke belum. Harap-harap semuanya selamat ye.

Besday Putra bulan lepas pun belum celebrate. Mak bapaknya sibuk kemas rumah, angkat barang, kemas rumah lagi. Sampai la hari ni seketol kek pun belum beli kat dia. Dia dah tanya-tanya bila papa nk belikan kek BEN10? Sabar la nak ye.

Ok la ye...nak minta diri dulu. Ok la tu hapdet jugak belog ni kan...
Tatatatata



Tuesday, January 10, 2012

Indah dah 6 bulan

Hai sahabat-sahabat ku sekalian. (mood: perasan ramai la sgt pembaca belog nan ado ni haaa)
Nak cerita-ceriti pasal anakanda ku INDAH.
Indah dah 6 bulan lebih yer.
Dah mula makan nestum.
Alhamdulillah Indah ni jenis yang suka makan agaknya.
Lain dari abang dia dulu yang susah sangat nak makan.
Mama mula-mula bg dia nestum pun laju je dia makan.
Kenapa mama bagi nestum bukan bubur nasi?
Mama malas ek...???

Bukan...
jangan salah faham.
Mama ni rajin sebenarnya, tapi masa Indah lahir ada orang hadiahkan 4 tin nestum pelbagai perisa.
Sila percaya....sungguh!!!
Terima kasih Makcik Ana bg Indah nestum.
Sekarang ni ada lagi 1 tin yang belum buka perisa beras + soya.
Dua tin lagi mama bagi kat anak jiran...
Rezeki elok dikongsi kan?

InsyaAllah lepas ni Indah akan makan bubur nasi air tangan mama.
Last checkup bulan lepas, berat Indah 6.0kg
Masih dan akan terus menyusu mama.
Dah mula angkat-angkat buntut nk merangkak.
Ketawa, menjerit memang dah terror sangat.
Gigi dah ada 4 batang....2atas 2 bawah.
Dah kenal orang. Orang lain selain mama dan papa....kirim salam la nk dukung dia.
Bestfren Indah mestila abang Putra.
Indah dah pandai tepuk amai-amai, lompat-lompat...

Apa lagi yer...
Nanti mama update lagi pasal budak tembam ni.

Daaa

Cameron Highland

Salam semua...
Jom layan gambar kitorang ke Cameron Highland awal tahun baru tadi.






Best sangat family treatment pertama kitorang bagi tahun 2012 ni. Nak tau sebab apa...? Sebab kitorang bercuti dan bergumbira dengan family makusu cikpuan fara. Meriah uolls. Erm....banyak lagi gambar sebenarnya, tapi cukup-cukup ler tu nak tayang kan. Bukannya ada peminat pun.

Yang penting memang sejuuuuuukkkk sampai ke tulang. Kitorang stay kat Crown Imperial Court, Brinchang. Kat atas bukit nun....di tingkat 7 pulak tu. Bayangkanlah kesejukkannya. Nak pijak kaki ke lantai pun kebas.

Malam Ahad (1.1.2012) ada pasar malam kat pekan Brinchang tu. Kitorang turun jamu-jamu mata dan shopping ala kadar la kan. Hujan renyai-renyai, tapi tak berapa sejuk kat bawah tu. Tapi bila dh balik apartment tuhan saja yang tahu. Budak-budak sibuk nk petik stoberi tapi banyak tempat yg dh abis stoberinya di petik orang. Lenkali la kita petik stoberi.

Yang penting aii suka pi Cameron sebab boleh makan durian baaaaaaaaaaaanyak-banyak. Kalau kat sini En. Lovey Dovey tu hadkan tak boleh lebih 3biji, nanti panas katanya. Tapi kat sana kitorang beli dan makan dekat2 10 biji rasanya. Ondaway nak naik Cameron kan banyak org asli jual buah tepi-tepi jalan, kat situ la kitorang beli. Memang puas hati la dan yang paling best memang tak berkipas pun apatah lagi nk berpeluh.

Wednesday, January 4, 2012

Selamat tahun baru 2012

Salam tahun baru!!!
Tuan rumah sunyi sepi, rumah pun bersawang....rumah kengkawan pun tak sempat nak menjejak. InsyaAllah kalau ku jejak ku gagahkan meninggalkan jejak yer. Ye la nanti korang ingat ai tak menyinggah pulak rumah korang. Haruslah meninggalkan tanda kan...

Mood swing-swing dah kembali normal. Kepala pun dah tak stress sangat sebab rumah dah dapat. Lagipun baru je balik dari cuti-cuti kat Cameron Highlands. Sejuk sikit hati ni. Nanti la ai update cerita kat Cameron yer.

Banyak story tertangguh nak tulis...sebagai kenangan dan ingatan tapi apakan daya. Masa terhad, sibuk sesangat. InsyaAllah dah settle pindah rumah bagai ai akan kembali 'beraksi'.



Saturday, December 24, 2011

Yusri & Lisa nikah 23 Februari 2012



Mengakui hati masing-masing terpaut lewat perkenalan selama setahun menerusi BBM (Blackberry Messenger), penyanyi, pelakon, pengarah, penerbit, Yusry Abd Halim dan aktres jelita Lisa Surihani akhirnya telah mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan cinta mereka dengan majlis pernikahan yang akan berlangsung selepas Asar pada 23 Februari 2012 ini di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan Majlis Resepsi akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 26 Februari dalam satu majis yang serba sederhana.
Pengumuman istimewa daripada pasangan romantis ini telah berlangsung dalam sebuah suasana tenang dan damai setenang dan seindah lokasi majlis yang diadakan di Marriott Hotel & Spa, Putrajaya sebentar tadi.
Dihadiri oleh oleh kedua ibu bapa Yusry, Encik Abdul Halim dan isteri, Puan Zarina Fenner disertai abang sulung, Norman Abd Halim serta ibu Lisa, puan Siti Amira Ahmad, terdahulu Yusry mengumumkan pada malam semalam keluarga Yusry telah bertandang ke rumah Lisa untuk menghantar tanda. Walaubagaimanapun, Yusry menjelaskan majlis serba sederhana namun penuh adat itu secara teknikalnya bukanlah majlis pertunangan, hanya sebagai simbolik bahawa dirinya sudah ‘booking’ si dara sunti.
Lisa turut menjelaskan bahawa majlis yang berlangsung pagi ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau bertujuan untuk mengembar-gemburkan kisah mereka sebaliknya hanya mahu berlaku adil pada semua pihak media memandangkan sebelum ini sudah berjanji akan memberitahu kepada semua pihak bila sampai masanya kelak.
“Semalam 23 Disember 2012, pihak keluarga saya telah berjumpa keluarga Lisa untuk menghantar tanda. Kami tidak bertunang sebaliknya hanya terus bernikah pada 23 Februari 2012,
“Kami memilih tarikh tersebut memandangkan angka 23 adalah angka spesial buat Lisa yang lahir pada 23 Mac jadi biarlah hari tersebut sesuatu yang istimewa buatnya dan juga pada kami,” ujar Yusry lagi.
Lisa pula menambah bahawa tarikh menghantar tanda dan pernikahan tersebut bukanlah dipilih semata-mata angka 23 itu begitu dekat pada dirinya, sebaliknya menghormati hari tersebut yang berlangsung pada malam Jumaat (Khamis) sekaligus mengambil keberkatan hari tersebut.
Yusry dan Lisa walaubagaimanapun tidak mahu perkahwinan mereka dicanang sebagai ‘Wedding of the Year’ kerana kedua-dua pasangan sama cantik sama padan ini tetap pada nawaitu mereka yang berkehendakkan hari bahagia mereka berlangsung dalam majlis penuh sederhana, hanya majlis pernikahan dan majlis resepsi kedua belah pihak yang dilakukan secara serentak di PICC.
“Saya seboleh-bolehnya mahu sebuah majlis yang serba sederhana saja. Saya bukanlah seorang yang terlalu memkirkan sangat mengenai perkahwinan impian bagaimana yang saya nakkan, saya tidak cerewet dalam bab-bab majlis persandingan, kerana apa yang penting bagi saya adalah pernikahan bukan majlis persandingan gilang gemilang,” ujar Lisa merendah diri.
Tambah Yusry lagi, mereka belum menetapkan sebarang tema mahupun konsep majlis resepsi mereka yang hanya mengambil masa dua bulan untuk disempurnakan itu memandangkan belum duduk semeja membincangkan urusan persediaan perkahwinan mereka lagi.
Ketika ditanya apakah yang membuatkan Yusry terpaut sayang pada Lisa sehingga nekad melamarnya menjadi suri hidup buat kali kedua selepas perkahwinannya yang terdahulu bersama Erra Fazira, Yusry dengan sikap tenang namun memandang buah hati disebelah yang sudah tersipu-sipu malu berkata, Lisa adalah seorang yang caring dan menyayanginya sepenuh jiwa sama seperti perasaannya terhadap Lisa.
“Seperti yang katakan, perhubungan ini berlandaskan sebuah ‘perhubungan matang’, kami mula berkenalan di antara satu sama lain menerusi BBM. Bila sudah sering berbual-bual, berkongsi pandangan, barulah kami saling mengenali peribadi masing-masing.
“Saya mengambil masa yang agak lama untuk membawa Lisa bertemu keluarga, dan bila saya bawa dia bertemu keluarga saya, saya melihat dia seorang yang mesra dan tidak sampai setahun dia boleh get along dengan semua ahli keluarga saya. Apa yang berlaku sangat-sangat semulajadi, tiada tentangan daripada keluarga dan saya selesa dengan perhubungan ‘matang’ ini,” jelas Yusry lagi.
“Seperti yang Yusry katakan tadi, kami berkenalan menerusi BBM, berbual-bual dan bertukar pandangan mengenai industri hiburan dalam dan luar negara, banyak yang kami bualkan dan dari situ saya mula kenal dan meminati peribadi Yusry,
“Yusry bukan seperti kebanyakan lelaki yang akan ‘mengayat-ayat’ pada awal perkenalan, dia seorang yang gentleman,” ujar Lisa pula ketika ditanya apa faktor yang membuatnya memilih Yusry sebagai suami.
Menyentuh mengenai khabar angin yang mengatakan pihak Astro telah mendapat hak penyiaran sepenuhnya untuk menyiarkan majlis persandingan mereka kelak, Yusry menyatakan yang dia tidak menafikan mahu mengesahkan berita tersebut memandangkan semuanya masih dalam perbincangan dan semua urusan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan kedua belah pihak iaitu Metrowealth dan KRU Studios.
“Mengenai hal tersebut, apa yang saya boleh katakan adalah Lisa adalah wajah eksklusif Astro, jadi sama ada majlis kami nanti disiarkan atau tidak, kami masih belum memberi sebarang keputusan dan saya menyerahkan semuanya kepada pihak pengurusan kami untuk membuat sebarang keputusan,” ujar Yusry.
Sementara itu, ibu Yusry, puan Zarina pula ketika ditanya pendapatnya mengenai perhubungan anaknya dengan Lisa menyatakan, dia seringkali bertanya pada Yusry bila hendak bawa Lisa datang ke rumah, namun setiap kali itu jugalah Yusry akan menjawab hanya membawa Lisa apabila benar-benar pasti.
“Setiap kali saya tanya dia akan cakap, “nanti, nanti, tunggu betul-betul confirm baru bawa”, sehinggalah pada suatu hari Lisa datang ke rumah, saya terkejut melihatnya boleh mesra dengan setiap ahli keluarga saya, daripada yang kanak-kanak sehinggalah ke orang tua. Dan dari situ saya terbuka hati menerimanya sebagai menantu,” akui puan Zarina atau mesra disapa Auntie Z.
Ketika ditanya sama ada Lisa akan meneruskan atau meninggalkan kerjaya seni selepas bergelar isteri, aktres kacukan Melayu – Bugis berusia 25 tahun ini terkedu seketika sambil memandang ‘abang’ di sisi sambil genggaman tangannya yang satu lagi tidak lepas menggenggam genggaman si ibu yang setia di sisi menemani. Bak seorang isteri yang taat, Yusry mengangguk lalu mengosok lengan Lisa seraya Lisa menjawab,
“Insyaallah kalau ada rezeki dan diizinkan abang, saya masih lagi meneruskan kerjaya seni sebab saya suka dengan karier saya. tapi kita tengoklah semuanya bagaimana nanti,” ujar Lisa.
“Saya mengenali dan menyayangi Lisa sebagai Lisa dan selepas kahwin, saya akan menerimanya seadanya,” ujar Yusry perbualan.

sumber: Ohbulan.

Monday, December 19, 2011

Pejam celik pejam celik Indah dah nak masuk 6 bulan.
Mama dah eksited nak bagi makan.
Tapi sabar...tak berapa hari je lagi.

Dalam berbunga-bunga hati anak dah boleh makan, sebenarnya dalaaaaammm di sudut hati ni masih sedih. Kepala pusing memikirkan nak pindah rumah. Mood dah goyang sana-sini.
Rumah belum dapat, hati berat nak pindah. Aduhaiii.

Semalam jiran saya buat majlis cukur jambul. Masa saya mula-mula pindah sini, dia buat kenduri cukur jambul dan khatam quran. Macam di rancang pulak. Saya datang dia buat kenduri, saya nak pindah pun dia buat kenduri.

Ermmmm....nak up gambar pun mood ke laut. Lenkali yer :)
Sori la kat kengkawan ada yang saya tak sempat singgah. Ada yang saya singgah tapi tak meninggalkan jejak.

Faham-faham je la yer. Mood sedang bergelora dan  di jangka berterusan untuk beberapa bulan :)

Sunday, December 18, 2011

Tanda-tanda kiamat...untuk renungan bersama

~Sharing is caring~


Hadis yang dikumpulkan oleh Syeikh Othman Jalaluddin di dalam kitabnya Ad Darratun Naafi'aah Fil Asy Raat As Saa'aah dan dikumpulkan oleh Al 'Allamah Mufti Brunei, Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama, Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz dalam kumpulan fatwanya bilangan 30 menceritakan beberapa peristiwa TANDA TANDA KIAMAT, di antaranya :
1. Lahir binatang berekor yang menerangi pihak timur - kemungkinan Komet Helly
2. Qur'an diangkat daripada dada (tidak ada orang menghafal Quran), Quran dilagu - lagukan dan dipertandingkantetapi tidak dilaksanakan pengajarannya. Al-Quran ditulis cantik dan dijadikan hiasan dinding.
3. Banyak orang berhutang di bank dengan menggunakan riba'
4. Kemelesetan ekonomi. Perniagaan rugi.
5. Cukai ditinggikan.
6. Banyak berlaku homoseks dan lesbian.
7. Timbul penyakit ganjil timbul dari hubungan seks haram seperti Siplis, Aids da lain - lain.
8. Orang perempuan tidak mahu beranak banyak dan merekamengguna alat perancang keluarga.
9. Orang Islam kutuk mengutuk sesama Islam.
10. Masjid dibina indah dan mahal - mahal tetapi tidak banyak ahli jema'ah dan tidak dijadikan sebagai pusat gerakanIslam.
11. Perempuan mengatasi lelaki dari segi jumlah, peranan,menguasai rumah tangga (Queen Control), menguasai jawatan dan lain-lain lagi.
12. Banyak berlaku gempa bumi.
13. Banyak berlaku peperangan di serata ceruk muka bumi.
14. Lahir kumpulan penyanyi macam orang gila (rock), kumpulan punk dan lain - lain.
15. Banyak berlaku rasuah.
16. Lahir kumpulan mengkritik Hadis Nabi Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.
17. Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki.
18. Hubungan keluarga pecah belah (anak durhaka ibu bapa,isteri tidak taat suami, suami menganiaya isteri di jadikan pelacur dan sebagainya )
19. Pembunuhan secara aniaya berlaku secara terang - terangan tanpa pembelaan seperti di kem tahanan Sabra danSyatila; dan di Bosnia)
20. Salam cuma diucapkan kepada orang yang dikenali sahaja.
Peristiwa - peristiwa di atas ialah tanda - tanda pertengahan menjelang tanda - tanda Kiamat yang besar (Kiamat Kubra). Tanda - tanda Kiamat Kubra diriwayatkan lagi bahawa berlaku beberapa peristiwa iaitu:
1. Sembahyang ditinggalkan.
2. Banyak bangunan tinggi mencakar langit.
3. Orang jahat jadi pemimpin.
4. Tidak amanah dan zalim.
5. Penzinaan berleluasa dan dijadikan sumber hidup.
6. Perkara haram dihalalkan.
7. Umat Islam banyak yang tersesat dan terkeluar dariaqudah Ahlussunnah Waljama'ah.
8. Ulama' menjual agama kerana kepentingan dunia.
9. Orang khianat diberi amanah dan orang amanah diketepikan.
10. Alat muzik yang haram dimainkan oleh orang Islam.
11. Arak jadi minuman seharian (rasmi).
Demikianlah sedikit dari banyak tanda - tanda untuk direnung dan difikirkan Dipetik dari : Haluan Kepimpinan dan Siasah Dalam Arus Kebangkitan Islam oleh : Prof. Muhammad As Soqhir Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullahs.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar

sumber